Sunday 17 May 2009

Kompang

Pasir Gudang - Aktiviti Jiran Muda dilaksanakan latihan kompang bertempat di Surau Nusa Damai. Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Jumaat 9:30 malam hingga 11:30 malam. Adalah diharapkan masa yang terluang anak-anak ini dapat diisi dengan latihan yang berfaedah bagi memupuk semangat berpasukan yang mantap, meningkatkan kemahiran bermain kompang dan meningkatkan nilai tambah diri Jiran Muda yang terlibat.

Aktiviti Jiran Muda ini juga dapat memberi pendedahan kepada mereka mengenali masyarakat luar apabila kumpulan kompang ini menerima jemputan bermain di Majlis Perkahwinan sekitar Pasir Gudang.