Sunday 16 August 2009

Gotong Royong

Pasir Gudang, Ahad 16.8.09 - Jiran Muda KRT Zon Sentosa, Taman Nusa Damai turut serta dalam Program Gotong Royong Kebersihan sempena Bulan Kemerdekaan. Aktiviti kemasyaratan ini mendapat sambutan menggalakkan dari Jiran Muda setiap Sector dalam KRT Zon Sentosa. Warga Emas Zon Sentosa juga turut menyertai program tersebut.

Aktiviti membersihkan sekitar taman & kawasan belakang rumah ini diharap dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan Ahli KRT dan Jiran Muda demi menjayakan aktiviti yang disertai. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing menjadi asas kejayaan program yang disertai.

Jiran Muda sudah dididik agar menjaga kebersihan dan menjaga keceriaan sekitar taman perumahan mereka.

Semoga kerjasama yang diberikan dapat dikekalkan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.