Friday 5 June 2009

Notis Pemberitahuan

Salam perpaduan...

Adalah dimaklumkan semua AJK KRT Zon Sentosa, Nusa Damai dijemput hadir ke majlis perjumpaan seluruh KRT Pasir Gudang bersama Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Johor seperti ketetapan berikut:
  • Tarikh : 6hb Mei 2009
  • Hari : Sabtu
  • Masa : 3 petang
  • Tempat : Hotel Selesa, Pasir Gudang
Sila berpakaian rasmi KRT (Biru-Putih), sekian harap maklum.

Disediakan oleh: Aszlizam Tobari, Timbalan Pengerusi KRT Zon Sentosa.

Monday 1 June 2009

Aktiviti

Nusa Damai - Cuti Persekolahan dimanfaatkan dengan aktiviti Kumpulan Kompang.

Kekuatan fizikal dan kekuatan mental dilatih. Semangat kerjasama berpasukan diperkukuhkan dan aktiviti yang bermanfaat ini akan terus dilaksana dengan bimbingan serta pengawasan ahli kompang dewasa sebagai ganti ibu-bapa mereka ketika aktiviti kompang dijalankan.

Kemeriahan majlis tentunya akan bertambah dengan kedengaran irama kompang yang diperbaharui di samping mengekalkan budaya melayu yang akan terus dipelihara.